MAYBANK mengumumkan bahawa tiada lagi SMS OTP bakal dihantar ke telefon pengguna untuk sebarang transaksi Maybank2u. Penamatan khidmat SMS OTP untuk transaksi ini diganti dengan cara Secure2u, iaitu kaedah pengesahan yang lebih canggih dan mudah. Sebelum ini, transaksi Maybank2u boleh disahkan melalui SMS TAC dan memasukkan nombor TAC, namun pengguna kini hanya perlu mengesahkan transaksi melalui Secure2u atau Secure TAC di aplikasi sahaja.

Pengesahan OTP Kepada Secure TAC

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad hari ni mengumumkan mereka akan berhijrah sepenuhnya ke sistem pengesahan transaksi SecureTAC menggantikan sistem SMS OTP menjelang separuh tahun pertama 2023. Ini adalah bagi mengikuti gesaan Bank Negara Malaysia yang ingin bank berhenti menggunakan sistem SMS OTP yang menjadi titik kelemahan pelbagai kes scam perbankan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Lebih Selamat Untuk Digunakan

Bermula 15 Mac ini, pengguna diminta menggunakan Secure2u untuk transaksi melibatkan pembayaran bil melalui Maybank2u, di samping untuk transaksi IBG melibatkan sebarang nilai. Syarikat itu dalam satu kenyataan di laman webnya mengatakan bahawa langkah itu adalah sebahagian daripada usaha untuk menyediakan pelanggan dengan keselamatan perbankan dalam talian yang lebih baik. Bank tersebut mendakwa Secure2u adalah cara yang lebih selamat dan lebih mudah untuk mengesahkan transaksi, yang boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan Secure Verifiction (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u). Pengesahan Selamat membolehkan pengguna Maybank2u menyetujui atau menolak transaksi dalam talian pada peranti mereka setelah amaran pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon mereka. 

Sebagai alternatif, Secure TAC membolehkan pengguna meluluskan transaksi dalam talian di laman web Maybank2u dengan memasukkan nombor TAC enam digit dari aplikasi. Sekiranya pengguna telah mendaftar untuk Secure2u, maka perkhidmatan tersebut akan menjadi kaedah lalai untuk semua transaksi. Untuk mengaktifkan Secure2u, pengguna perlu memuat turun aplikasi Maybank2u di Google Play atau Apple App store. Klik pada tab Menu di sebelah kiri dan pilih Secure2u kemudian ikuti arahan. Pengguna akan diminta memasukkan kata laluan (One Time Password) yang dihantar ke nombor telefon mereka, memasukkan nombor ID dan kemudian hantar (submit). 

Kesimpulan

Menurut CIMB, sistem SecureTAC sudahpun diberikan kepada pengguna sejak 2018 menerusi aplikasi CIMB Clicks bagi aktiviti pemindahan dana, pembayaran, dan perubahan tetapan aplikasi serta akaun. SMS OTC hanya digunakan sebagai pilihan kedua untuk pelanggan yang tidak menggunakan aplikasi CIMB Clicks dan transaksi FPX.

CIMB kini menyarankan pelanggan untuk memuat turun aplikasi Clicks untuk meningkatkan keselamatan ketika melakukan transaksi perbankan mereka. Dengan ini CIMB menjadi bank kedua selepas Maybank yang juga tidak akan lagi menggunakan sistem SMS OTP.

So what are you waiting for, visit our store now with RM5 Discount. Voucher Code: RM5DiscountBlog

If you have any questions or need help, feel free to contact our customer service

FACTORY MOBILE

Why Customers Prefer Factory Mobile?

Lowest Price

Our product is the lowest than others.

Fast & Free Shipping

We Provide Free & Fast Delivery Courier and Self Pickup

Original Device

We sell original devices only. We offer 1 year extended warranty for secondhand device. 

Fully Checking Guarantee

We make sure to do fully check the device before shipping to customers

Trade & Installment

We accept trade in and Installment for New and Secondhand phone

Start typing to see products you are looking for.