Isu kehilangan duit dalam bank sering-kali terjadi. Transaksi keluar yang dibuat bukan daripada tuan badan sendiri. Menurut ciapan Anis Suraya di laman twitternya, rajinkan diri untuk sentiasa memeriksa akaun bank bagi mengesan jika berlakunya sebarang transaksi di luar kawalan.

Duit hilang satu sen pun jangan dibiarkan segera membuat pertikaian dengan pihak bank melalui cara di bawah ini. Setiap satu sen itu amat berharga, itu merupakan hasil titik peluh kita memperolehinya. Jangan dibiarkan!

Cara Untuk Dapat Kembali Wang Yang Hilang

1. Maklumkan kepada pihak bank

Sebaik sahaja anda menyedari kehilangan wang anda dalam akaun, segera hubungi pihak bank melalui nombor yang tertera di belakang kad debit atau kredit anda.

Bagi memudahkan urusan pihak bank, pastikan anda mencatat butiran-butiran penting berikut:
 
  1. 1. Jumlah wang yang hilang
  2. 2. Anggaran masa transaksi wang
  3. 3. Nombor akaun atau nama penerima wang (sekiranya ada), boleh disemak melalui akaun perbankan internet anda (Maybank22u, CIMB Clicks, iRakyat dll)

Lebih baik sekiranya bukit-bukti ini boleh disertakan sekali melalui gambar/screenshot untuk dikongsikan dengan pihak bank.

Bergantung kepada sesuatu kes, bank mungkin akan membekukan akaun anda sehingga selesai menjalankan siasatan dan menghalang transaksi dari akaun penerima yang sama.

2. Laporkan kepada pihak polis

Sila buat laporan mengenai kehilangan wang melalui transaksi tidak sah ini di balaii polis berhampiran anda dengan membawa bersama bukti-bukti seperti yang anda berikan kepada pihak bank.

Dapatkan salinan laporan polis untuk diberikan kepada pihak bank. Dapatkan nombor telefon pegawai penyiasat anda bagi memudahkan anda mendapatkan sebarang perkembangan terkini mengenai kes anda (sekiranya ada).

3. Hantar laporan polis kepada pihak bank dan tunggu hasil siasatan

Hantarkan salinan laporan polis mengenai duit hilang dalam akaun anda kepada pihak bank.

Pastikan anda menyimpan satu salinan laporan untuk simpanan peribadi sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, contohnya laporan polis hilang/tercicir dalam tangan pihak bank.

Pihak bank akan menyiasat laporan anda dan ianya mungkin mengambli sehingga tempoh 14 hari bekerja.

Sentiasa follow-up kes anda kepada pihak bank dengan menghubungi mereka untuk mendapatkan apa-apa perkembangan terbaru daripada pihak bank.

4. Laporkan kepada Bank Negara Malaysia

Anda juga digalakkan memanjangkan laporan kehilangan duit dalam akaun anda kepada pihak BNM melalui salah satu cara yang berikut:

  1. Borang telelink BNM
  2. Talian BNM:
    • Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
    • Luar Negara: +603-21741717
  3. Cawangan BNM negeri anda

Langkah Yang Boleh Dibuat Untuk Mendapatkan Semula Duit Anda

Saya ada terbaca tulisan Puan Eqienura Mokhtar tentang pengalaman beliau apabila berhadapan situasi duit beliau hilang kerana ada transaksi luar negara yang tidak diketahui.

Tidak pasti berapa amoun duit dari akaun beliau yang lesap. Apa yang saya faham, beliau merupakan Pendeposit Maybank.

Menurut beliau, transaksi kad debit/kredit to “Merchant in US” memang tidak ada TAC atau MSOS CODE atau apa-apa notifikasi. Ini menyebabkan ramai Pendeposit yang tidak sedar duit dalam akaun bank mereka berkurangan.

Ramai berkongsi pengalaman mereka apabila berhadapan situasi duit beliau hilang kerana ada transaksi luar negara yang tidak diketahui.

Baik, ini apa yang kita perlu buat :

1- Hubungi nombor belakang kad Bank.
2- Laporkan ada transaksi yang tidak diketahui menggunakan Kad Debit kita.
3- Muat turun “Dispute Form”, isi dan hantar.
4- Email “Dispute Form” beserta tangkap layar transaksi-transaksi meragukan tersebut ke Bank berkenaan dan cc ke Bank Negara Malaysia ([email protected])
5- Buat Kad Debit baru & aktifkan ATM & Online.
6- Duit diterima semula dalam seminggu.

Kerap semak akaun bank anda supaya jika berlaku pengurangan yang ketara atau transaksi meragukan, kita boleh ambil tindakan segera sebelum terlambat.

Tujuan saya berkongsi pautan dan cara di atas adalah supaya kita berjaga jaga dan selalu berwaspada akan perkara yang berlaku di luar kawalan kita. Diminta untuk semua mengambil cakna akan akaun bank anda dan segera membuat laporan jika berlaku sebarang keraguan dalam Akaun anda. Anda boleh segera melakukan langkah langkah di atas supaya masalah anda dapat diselesaiakn dengan cepat. Hal ini kerana “malang tidak berbau”. Berhati hatilah semua.

So what are you waiting for, visit our store now with RM5 Discount. Voucher Code: RM5DiscountBlog

If you have any questions or need help, feel free to contact our customer service

FACTORY MOBILE

Why Customers Prefer Factory Mobile?

Lowest Price

Our product is the lowest than others.

Fast & Free Shipping

We Provide Free & Fast Delivery Courier and Self Pickup

Original Device

We sell original devices only. We offer 1 year extended warranty for secondhand device. 

Fully Checking Guarantee

We make sure to do fully check the device before shipping to customers

Trade & Installment

We accept trade in and Installment for New and Secondhand phone

Start typing to see products you are looking for.